بسم الله الرحمن الرحيم

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya) ?" (Surah Al-Qamar: Ayat 032)

Tahap 2: Tajwid Al-Baghdadi

Kaedah Pengajian Tahap 2 Tajwid Al-Baghdadi telah dilengkapkan dengan penggunaan Buku Tajwid Al-Baghdadi yang ringkas tetapi berkesan.

Tahap 1: Tamhid Al-Baghdadi

Pengajian Tamhid Al-Baghdadi adalah pakej pengajian asas yang dilengkapi dengan Buku Tamhid Al-Baghdadi beserta Set Alat Ketuk Al-Baghdadi. Bahan Kemahiran Asas Membaca Al-Quran ini yang mengandungi 11 bab pembelajaran, menekankan 6 prinsip asas yang perlu dikuasai oleh seseorang bagi membolehkannya membaca Al-Quran.

Assalamualaikum & Selamat Datang

Segala pujian-pujian hanya bagi Allah Tuhan semesta Alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W Rasul terakhir, ke atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta para tabi'in dan orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda hingga hari kemudian.

Mengenai Al-Baghdadi Group Sdn Bhd

Al-Baghdadi Group Sdn. Bhd. adalah syarikat induk yang menyediakan pakej-pakej keusahawanan bagi memberi peluang kepada masyarakat bersama-sama memperjuangkan pendidikan Al-Quran denegan membuka Pusat Pengajian Al-Quran Teknik Al-Baghdadi.