بسم الله الرحمن الرحيم

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya) ?" (Surah Al-Qamar: Ayat 032)

Tahap 1: Tamhid Al-Baghdadi

Pengajian Tamhid Al-Baghdadi adalah pakej pengajian asas yang dilengkapi dengan Buku Tamhid Al-Baghdadi beserta Set Alat Ketuk Al-Baghdadi. Bahan Kemahiran Asas Membaca Al-Quran ini yang mengandungi 11 bab pembelajaran, menekankan 6 prinsip asas yang perlu dikuasai oleh seseorang bagi membolehkannya membaca Al-Quran.