بسم الله الرحمن الرحيم

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya) ?" (Surah Al-Qamar: Ayat 032)

Hikmah Mempelajari Al-Quran

Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: "Belajarlah olehmu sekalian akan Al-Quran, bacalah ia dan tekunilah. Maka sesungguhnya permisalan Al-Quran dan orang yang mempelajarinya, kemudian melaksanakannya adalah seperti bekas yang penuh dengan minyak misik, yang menyebar aromanya di setiap tempat. Dan permisalan orang mempelajari Al-Quran, kemudian menekuni, sedangkan dia berada di rongganya, adalah seperti permisalan bekas yang terbalut oleh misik".
(Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0217.)

Hikmah Mempelajari Al-Quran
Sebagaimana yang kita semua telah sedia maklum, Rasulullah s.a.w. telah menyeru kepada sekalian umatnya agar mempelajari Al-Quran dan telah membuat misal perbandingan orang yang mempelajari Al-Quran dan mengamalkannya seperti haruman yang sangat menyenangkan.

Pembelajaran Al-Quran semestinya dijadikan keutamaan dikalangan kanak-kanak seawal usia di peringkat tadika lagi agar mereka tidak ketinggalan serta kerugian di masa akan datang.

Para ibubapa seharusnya berusaha untuk menerapkan pengajian dan pembacaan Al-Quran seawal usia mereka diperingkat kanak-kanak lagi agar mereka lebih berpeluang mendalami Al-Quran ke peringkat yang tinggi tanpa meninggalkan keperluan duniawi. Bukan disebaliknya, terpaksa meninggalkan Al-Quran sama sekali kerana kononnya ingin memenuhi keperluan duniawi.

Al-Quran ini yang diharapkan akan menjadi pelita kehidupan anak-anak mereka sepanjang hidup mereka di dunia dan akhirat. Apabila dewasa kelak, kanak-kanak yang mahir tentang Ilmu dan pembacaan Al-Quran diharap agar dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Atau sekurang-kurangnya dengan bacaan Al-Quran daripada anak-anak yang soleh boleh di jadikan bekalan amalan tambahan buat kedua ibubapa mereka yang telah berada di alam baqa'.

Di Al-Baghdadi Learning Centre, kami ada menyediakan modul pembelajaran Al-Quran untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun dengan kaedah yang telah terbukti berkesan. Modul pembelajaran Al-Quran di Al-Baghdadi Training Centre adalah terdiri daripada Tahap 1, Tahap 2, Tahap 3, Tahap 4 dan Tahap 5.

Jom Ngaji Al-Quran Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru
Whatsapp: +6012-7221519