بسم الله الرحمن الرحيم

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya) ?" (Surah Al-Qamar: Ayat 032)

Tahap 3, 4 & 5 : Talaqqi Al-Baghdadi

Kelas Talaqqi di Tahap 3, 4 dan 5  adalah merupakan susulan daripada pengajian Tajwid Al-Baghdadi Tahap 2. Program Talaqqi Al-Baghdadi ini adalah sesi pembacaan Al-Quran secara praktikal bersama guru-guru dan ianya mengandungi tiga peringkat iaitu Talaqqi, Talaqqi Khas dan Talaqqi Sanad.


Ketiga-tiga peringkat Talaqqi ini telah dikategorikan seperti berikut:-
Talaqqi Al-Baghdadi
Sijil Khatam - Ramadhan 1434H
  • Tahap 3 : Talaqqi Am Al Baghdadi - Program lanjutan dimana ustaz baca setiap ayat dan diikuti oleh pelajar sehingga khatam Al-Quran. Pada tahap ini, kebanyakkan pelajar akan dapat menguasai pembacaan Al-Quran dengan lancar dan tartil. Masa yang diambil adalah antara 6-12 bulan.
  • Tahap 4 : Talaqqi Khas Al Baghdadi - Pembacaan Al-Quran 30 Juz berseorangan dihadapan guru yang memiliki sanad bacaan Al-Quran sampai kepada Rasulullah s.a.w. Talaqqi Am dijalankan bertujuan menarik minat masyarakat untuk bertalaqqi Al-Quran di samping mendengar bacaan secara langsung dari guru yang berkemahiran. Tempoh program ialah 30 hari.
  • Tahap 5 : Talaqqi Sanad Al Baghdadi -  Ini adalah program Talaqqi Al-Quran dengan bimbingan secara langsung oleh guru talaqqi yang mempunyai sanad bacaan Al-Quran sampai kepada Rasulullah s.a.w. Bertujuan untuk melahirkan guru Al-Quran yang berkelayakan dan mantap dalam bacaan Al-Quran di samping berusaha mewujudkan suasana pembelajaran Al-Quran turun temurun iaitu Talaqqi Mushafahah. Tempoh pengajian ialah selama 10 hari.
Jom Ngaji Al-Quran Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru.
Whatsapp: +6012-7221519