بسم الله الرحمن الرحيم

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya) ?" (Surah Al-Qamar: Ayat 032)

Tanggungjawab Ibubapa Terhadap Pendidikan Anak-Anak

Dewasa ini kanak-kanak sering terdedah dengan berbagai pilihan tentang bagaimana untuk mencorak kehidupan mereka.

Namun ibubapa mesti memainkan peranan didalam mengawal serta memberi galakan terhadap perkara-perkara yang boleh menyumbang kepada kebaikan serta manfaat bukan sahaja untuk diri mereka sendiri malah untuk masyarakat secara amnya.

Pendidikkan Anak-Anak
Ibubapa juga mempunyai pilihan serta kuasa untuk membentuk kanak-kanak dari peringkat awal usia mereka. Rancangkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak semenjak dari awal lagi agar mereka tidak kerugian duniawi dan ukhrawi.

Di samping pendidikan teras yang disediakan di sekolah-sekolah, para ibubapa perlu juga memberi keutamaan terhadap pendidikan agama termasuk pendidikan Al-Quran yang bakal menjadi penyuluh kehidupan setiap muslimin dan muslimat. Walau sesibuk manapun anak-anak anda dalam menghadapi sistem pendidikan ketika ini, ruang perlu diberikan untuk mereka menuntut ilmu bermula pembacaan Al-Quran sehingga penguasaan Ilmu Al-Quran.

Janganlah kerana terlalu taksub terhadap fahaman yang berfokuskan keduniaan semata-mata, kita tergamak untuk menidakkan hak anak-anak tentang kepentingan pendidikan yang berteraskan Al-Quran. Justeru, jadikanlah Al-Quran sebagai pendidikan teras anak-anak yang bakal menjadikan mereka cemerlang di masa hadapan.

Sekiranya anak-anak kita bercita-cita untuk menjadi seorang Doktor, berilah dia peluang untuk menjadi seorang doktor yang hafiz Al-Quran, begitu juga jika ingin menjadi seorang Engineer, Arkitek, Professor, Chef, Pemimpin dan sebagainya, jadikanlah mereka di kalangan orang-orang yang hafiz atau sekurang-kurangnya professional yang celik Al-Quran. Pendek kata, kita mempunyai tanggungjawab kearah menyumbang pembentukan generasi umat Islam masa akan datang sebagai generasi pintar Al-Quran yang cemerlang.

Di Al-Baghdadi, kami ada menyediakan platform yang sesuai untuk anak-anak dalam pendidikan Al-Quran bermula dari rahim ibu lagi lagi. Sila dapatkan maklumat lanjut berkenaan :
Semoga memberi manfaat kepada semua.