بسم الله الرحمن الرحيم

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya) ?" (Surah Al-Qamar: Ayat 032)

Pengiktirafan oleh The Malaysia Book Of Records

Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd. secara rasminya telah diiktiraf oleh The Malaysia Book Of Records sebagai Largest Quranic Learning Centre (Pusat Pembelajaran Al Quran Terbesar) pada 9hb Febuari 2013.

Pengiktirafan ini telah diraih apabila Al-Baghdadi Method Sdn Bhd berjaya membuka sebanyak 13 buah rangkaian ATC dan 535 buah ALC diseluruh Malaysia dalam tempoh tiga tahun sejak tahun 2009.

Pengiktirafan oleh The Malaysia Book Of Records
Perkembangan menarik ini telah menyuntik semangat para pendokong dan pendidik Teknik Al Baghdadi untuk terus mendidik anak bangsa diseluruh Malaysia untuk mempelajari al-Quran. Usaha berterusan ini diharap dapat membantu mengurangkan kadar buta al-Quran di kalangan masyarakat yang dilihat semakin membimbangkan dengan pendedahan kajian-kajian ilmiah yang telah dibuat oleh para pengkaji dari beberapa buah institusi pengajian tinggi awam.

Pada tahun 2016, Al-Baghdadi Group Sdn Bhd telah pergi lebih jauh lagi dengan mempunyai sebanyak lebih 1200 buah rangkaian pusat pembelajaran Al-Baghdadi di seluruh negara yang terdiri daripada ALC, APC, APeC, NEC dan ACC. Alhamdulillah.

Semoga dengan pengiktirafan sebegini, ianya akan dapat membantu lebih ramai lagi masyarakat Islam untuk membaca, mempelajari, menghayati serta mengaplikasikan ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayang-Nya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya) kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal." (Surah Yunus: Ayat 058)
Jom Ngaji Al-Quran Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru.
Whatsapp: +6012-7221519