بسم الله الرحمن الرحيم

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya) ?" (Surah Al-Qamar: Ayat 032)

Al Baghdadi Memenangi Anugerah MBR 2016

Tahniah kepada Ustaz Qr. Jalaluddin Hassanuddin Al-Baghdadi selaku pengasas Teknik Al-Baghdadi serta seluruh barisan pengurusan, kakitangan serta warga kerja Al-Baghdadi Group Sdn Bhd diatas penganugerahan The Malaysia Book Of Records (MBR) 2016.


Penganugerahan MBR 2016 ini akan dijadikan penanda aras serta menjadi pembakar semangat baru kepada semua yang terlibat dalam usaha kearah memartabatkan dan mengembalikan semula kegemilangan ummah melalui pendidikkan Al-Quran.

Malaysia Book Of Records 2016
Semoga segala penat lelah yang dicurahkan serta jerit perih yang dirasa akan mendapat balasan pahala yang tidak terhitung banyaknya. Aamiin.
Sekali lagi, kami di Al-Baghdadi Learning Centre Damansara Aliff mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat dan berusahasehingga berjaya meraih pencapaian yang berprestij ini.