بسم الله الرحمن الرحيم

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya) ?" (Surah Al-Qamar: Ayat 032)

Soalan Munkar dan Nankir, Sudahkah Kita Bersedia?

Di akhir zaman ini, manusia semakin disibukkan dengan berbagai aktiviti yang banyak memakan masa tanpa disedari. Seolah-olah masa 24 jam yang Allah peruntukkan tidak mencukupi sedangkan banyak lagi kewajipan-kewajipan yang tidak dapat dilaksanakan.

Lebih parah lagi apabila kebanyakkan masa yang digunakan hanyalah melibatkan perkara-perkara yang menjurus kepada hiburan dan permainan yang melalaikan melalui penggunaan gajet-gajet pintar dan sebagainya.

Dengan segala bagai kesibukkan ini, sudahkah kita bersedia untuk menghadapi hari kematian?

Sudahkah kita bersedia mempersiapkan diri dengan jawapan-jawapan yang boleh diterima oleh Malaikat apabila diajukan dengan berbagai soalan semasa berada di dalam kubur?

Teradapat 5 soalan asas yang bakal ditanyakan oleh Malaikat Munkar dan Nakir pada hari pertama kita di dalam kubur iaitu:-
  • 'Siapakah TUHAN mu?' - Soalan yang berkatan tauhid iaitu mengesakan Allah swt semata-mata. Tiada Tuhan selain Allah s.w.t. Maka rugilah mereka-mereka yang telah mensyirikkan Allah serta bertuhankan kepada Hawa Nafsu, Harta, Pangkat, Kuasa dan yang seumpamanya.
  • 'Siapakah NABI mu?' - Adakah kita sudah mengamalkan ajaran serta sunnah Nabi Muhammad s.a.w. sekiranya ingin berjaya menjawab soalan ini?
  • 'Apakah AGAMA mu?' - Adakah kita benar-benar menjalankan segala undang-undang serta memperjuangkan Agama Islam?
  • 'Siapakah IMAM/IKUTAN mu?' - Soalan yang berkaitan dengan amalan dan ikutan kita yang terdapat di dalam Al-Quran. Berapa lamakah masa yang kita peruntukkan dalam sehari untuk membaca serta mentadabbur Al-Quran? Setakat manakah usaha kita untuk mempelajarinya? Berapa lamakah masa yang kita peruntukkan dalam sehari untuk Al-Quran berbanding yang lain-lainnya?
  • 'Siapakah SAUDARA mu?' - Benarkah kita menjadikan sekalian muslimin dan muslimat sebagai saudara kita? Sudahkah kita berdoa untuk mereka serta sudahkan kita berusaha untuk membantu saudara-saudara kita yang sedang berhadapan dengan berbagai ujian dan musibah?
Liang Lahad
Sebagai persediaan untuk menjawab soalan-soalan diatas, marilah sama-sama kita berusaha memperuntukkan masa tambahan dalam meningkatkan ilmu serta amalan kita. Jom kita mulakan dengan memperuntukkan lebih sedikit masa di waktu malam atau siang dengan membaca serta mentadabbur Al-Quran. 

Jangan tunggu lagi kerana ajal dan maut boleh menjemput kita pada bila-bila masa tanpa mengira usia dan tahap kesihatan. Lihatlah mereka-mereka yang telah pergi mendahului kita, mereka terdiri dalam kalangan handai taulan yang meninggal dunia dalam berbagai peringkat usia dari kanak-kanak hingga usia tua.

Semoga kita semua akan termasuk didalam golongan-golongan yang berjaya di dunia dan di akhirat, diterima segala amalan-amalan baik, diampunkan segala dosa serta kesalahan, diamankan dari azab kubur dan azab api neraka. Aamiin

Al Baghdadi Learning Centre (ALC) ada menyediakan kemudahan pembelajaran Al-Quran secara berperingkat-peringkat iaitu:-
  • Peringkat Asas
  • Tajwid
  • Talaqqi
Sistem pembelajaran ALC adalah sesuai untuk semua peringkat dari kanak-kanak sehingga dewasa. Sila hubungi Al Baghdadi Learning Centre (ALC) yang berhampiran dengan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.