بسم الله الرحمن الرحيم

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya) ?" (Surah Al-Qamar: Ayat 032)

Hikmah Mempelajari Al-Quran

Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: "Belajarlah olehmu sekalian akan Al-Quran, bacalah ia dan tekunilah. Maka sesungguhnya permisalan Al-Quran dan orang yang mempelajarinya, kemudian melaksanakannya adalah seperti bekas yang penuh dengan minyak misik, yang menyebar aromanya di setiap tempat. Dan permisalan orang mempelajari Al-Quran, kemudian menekuni, sedangkan dia berada di rongganya, adalah seperti permisalan bekas yang terbalut oleh misik".
(Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0217.)

Video Perbetulkan Bacaan Surah Al-Fatihah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (2) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (5) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, Bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)