بسم الله الرحمن الرحيم

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya) ?" (Surah Al-Qamar: Ayat 032)

Teknik Al Baghdadi ke Luar Negara

Setelah beberapa tahun istiqamah dalam menyebar luaskan dakwah pendidikkan Al-Quran ke seluruh negara, kini Teknik Al-Baghdadi telah melangkah lebih jauh lagi.

Di Luar negara, Teknik Al-Baghdadi telah dijenamakan sebagai Neuro Nadi dan Kaedah pembelajaran Al-Quran Teknik Al Baghdadi ini telah guna pakai di negara-negara luar seperti Brunai, Singapura dan New Zealand.

Terbaru, Al-Baghdadi Group Sdn Bhd dan anak syarikatnya Neuro Nadi International telah berjaya menarik minat beberapa individu serta organisasi yang meyakini serta percaya dengan keunikkan serta keberkesanan Teknik Al-Baghdadi yang telah sekian lama dipraktikkan di Malaysia.

Di Indonesia, Teknik Al Baghdadi lebih dikenali sebagai Neuro Nadi Indonesia. Di sana, satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara beberapa pihak yang berminat untuk menguruskan centre di tempat masing-masing.

Berikut dipaparkan beberapa gambar untuk perkongsian bersama.

Neuro Nadi Al Baghdadi

Neuro Nadi Al Baghdadi

Neuro Nadi Al Baghdadi

Neuro Nadi Al Baghdadi


Neuro Nadi Al Baghdadi

Neuro Nadi Al Baghdadi

Neuro Nadi Al Baghdadi

Alhamdulillah dan semoga bumi ini akan terus dilimpahi dan makmur dengan  syiar Islam yang bertunjangkan pendidikkan Al-Quran dan Sunnah Nabi saw.

Untuk Maklumat Lanjut berkenaan pembelajaran Asas Al Quran Teknik Al-Baghdadi peringkat Dewasa dan kanak-kanak di Johor Bahru, sila hubungi kami di ALC Bandar Baru Uda, Johor Bahru di talian 011-5299 3775.