بسم الله الرحمن الرحيم

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya) ?" (Surah Al-Qamar: Ayat 032)

Mengenai ALC

Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) Damansara Aliff, Johor Bahru adalah merupakan pusat pendidikan yang menawarkan pembelajaran serta pembacaan Al-Quran untuk semua peringkat umur. Kaedah pendidikan yang diaplikasikan adalah sangat sistematik, mudah, menarik dan terbukti berkesan yang dikenali sebagai Teknik Al-Baghdadi.

Misi dan Visi

Kami di Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) Damansara Aliff amat prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh masyarakat yang memerlukan bantuan terutamanya golongan-golongan yang 'Buta Huruf' berkenaan pembacaan Al-Quran.
  • Misi Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) Damansara Aliff, Johor Bahru : Menyediakan satu wadah pembelajaran Al-Quran menggunakan pendekatan Teknik Al-Baghdadi kepada masyarakat khususnya mereka yang memerlukan agar kempen membasmi buta Al-Quran mampu dicapai.
  • Visi Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) Damansara Aliff, Johor Bahru : Menjadi institusi pendidikan yang berteraskan Al-Quran dengan pendekatan Teknik Al-Baghdadi yang holistik dan boleh menjadi contoh kebanggaan masyarakat.
Apa itu Teknik Al-Baghdadi?

Teknik Al-Baghdadi telah diperkenalkan semenjak tahun 2009 di Malaysia dan telah membantu ramai masyarakat yang tidak boleh membaca kepada celik membaca Al-Quran. Teknik Al-Baghdadi secara ringkasnya adalah kaedah pembelajaran pembacaan Al-Quran yang:-
  • Sistematik
  • Inovatif
  • Efektif
Teknik Al-Baghdadi merupakan sebuah teknik belajar dan mengajar Al-Quran inovatif, sistematik dan seronok yang menggunakan sebuah buku sahaja. Ianya dibantu oleh satu Alat Bantuan Mengajar yang dikenali sebagai 'Alat Ketuk Al-Baghdadi'.

Ianya disusun menggunakan pendekatan SAS iaitu Struktur, Analisis dan Sintesis yang mana merupakan pendekatan terbaik dalam pengajaran bahasa. Teknik Al-Baghdadi adalah sesuai untuk diaplikasikan kepada semua golongan samada kanak-kanak mahupun dewasa.

Teknik Al-Baghdadi dapat membantu masyarakat Islam menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan yang MUDAH, INNOVATIF serta SISTEMATIK dalam tempoh yang singkat dan mempelajari teknik ini juga dapat membolehkan kita untuk mengajar orang lain.

Melalui Teknik Al-Baghdadi ini, pelajar akan didedahkan kepada 6 perkara asas dan pokok dalam pembacaan Al-Quran serta sebutan huruf-huruf Hijaiyah dan bunyi-bunyi yang keluar daripadanya.

Keistimewaan Teknik Al-Baghdadi

Keistimewaan Teknik Al-Baghdadi dengan kata yang mudah ialah suatu teknik Pengajaran dan Pembelajaran yang MUDAH dan SERONOK.

  • Proses Pembelajaran yang Mudah : Teknik Al-Baghdadi hanya menekankan proses pembelajaran seronok dengan pendekatan pembelajaran dalam kumpulan.
  • Peserta Mampu Fokus 90% : Alat ketuk membantu peserta memberi tumpuan untuk jangka masa 2 jam atau lebih dengan memaksimakan penggunaan otak kiri dan otak kanan. Sebab itulah semua pelajar dapat menggunakan sepenuh masa pembelajaran dengan optimum dan tidak perlu menunggu giliran.
  • Ustaz tak tanya soalan pun! : Sistem pembelajarannya yang unik ini tidak memerlukan guru bertanyakan soalan kepada murid dan murid tidak perlu mengaku jika membuat kesilapan. Malahan, murid-murid tidak perlu membaca secara berseorangan. Namun begitu, murid-murid akan mendapat ilmu yang sepenuhnya di akhir pembelajaran.
  • Pembelajaran yang Sistematik dan Teratur :  Sistem pembelajaran Teknik Al-Baghdadi telah disusun mengikut silibus yang memudahkan para pendidik menyampaikan ilmu dan dalam masa yang sama merangsang pelajar untuk menerima ilmu yang disampaikan.
Rakan Media

Antara rakan-rakan media Al-Baghdadi Group yang pernah bersiaran termasuk:-
  • Astro Oasis
  • TV9
  • TV3
  • TV Al-Hijrah
  • IKIM
  • Astro Awani
  • TV1
Nota: Ikuti link ini untuk maklumat berkenaan Al-Baghdadi Group Sdn Bhd.

Jom Ngaji Al-Quran Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru.
ALC Damansara Aliff, Johor Bahru.
Whatsapp: +6011-5299 3775