بسم الله الرحمن الرحيم

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya) ?" (Surah Al-Qamar: Ayat 032)

Pendidikkan Teras Al-Quran di Al-Baghdadi Playtime Centre

Al Baghdadi Playtime Centre (APC) menyediakan program pra-sekolah berasaskan Al Quran untuk kanak-kanak berusia 4, 5 dan 6 tahun.

Apa Itu Teknik Al-Baghdadi

Teknik Al-Baghdadi adalah satu sistem pembelajaran yang telah diolah sebegitu rupa bagi membantu setiap lapisan masyarakat mempelajari asas pembacaan Al-Quran dengan cara yang lebih mudah dan menyeronokkan.

Sejarah Teknik Al-Baghdadi

Pembelajaran Al-Quran melalui teknik Al-Baghdadi adalah satu teknik yang di ilhamkan oleh Ustaz Jalaluddin Al-Baghdadi.

Pendidikan Sepanjang Hayat Sistem Al-Baghdadi

Menyedari tentang kepentingan pendidikkan kearah pembentukan ummah yang cemerlang, Al-Baghdadi Group Sdn Bhd telah melangkah kehadapan serta mengambil inisiatif merangka kaedah pembelajaran yang berterusan sepanjang hayat.

Tahap 3, 4 & 5 : Talaqqi Al-Baghdadi

Kelas Talaqqi di Tahap 3, 4 dan 5  adalah merupakan susulan daripada pengajian Tajwid Al-Baghdadi Tahap 2. Program Talaqqi Al-Baghdadi ini adalah sesi pembacaan Al-Quran secara praktikal bersama guru-guru dan ianya mengandungi tiga peringkat iaitu Talaqqi, Talaqqi Khas dan Talaqqi Sanad.