بسم الله الرحمن الرحيم

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya) ?" (Surah Al-Qamar: Ayat 032)

Pakej Mengaji Ramadhan Al Baghdadi 2017 (PERCUMA)

Sebahagian ulama berpendapat bahawa al-Quran telah diturunkan pada bulan Ramadan dengan berpandukan kepada surah al-Baqarah, ayat 185. Allah s.w.t. berfirman: "(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan batil)."

Ramadhan adalah bulan Rahmat dan Maghfirah di mana pahala melakukan ibadah di bulan tersebut akan dilipatgandakan oleh Allah swt. Ramadhan juga dikenali sebagai bulan Nuzul Al-Quran jika berpandukan kepada pendapat di atas.
Dari Sa'ad bin Hisyam dari Aisyah ra katanya: "Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw membaca Al-quran semalam suntuk dan beribadah sampai pagi dan berpuasa sebulan penuh selain dibulan Ramadhan". (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1615)
Justeru itu, marilah kita sama-sama menanamkan keazaman untuk menjadikan bulan Ramadhan kali ini lebih baik berbanding yang sebelumnya dengan melipatgandakan amalan kita terutamanya membaca Al-Quran.

Kita sering mengeluh apabila tiba masanya bulan Ramadhan dan antara keluhan-keluhan yang sering timbul ialah:-
  • Ingin tingkatkan ibadah terutamanya membaca Al-Quran tetapi tak tahu nak mula dari mana
  • Jiwa meronta-ronta untuk mengaji Al-Quran, tapi tak dapat Istiqamah membacanya setiap hari
  • Baca bersendirian mudah bosan dan bila baca beberapa helaian Al-Quran mata sudah mula mengantuk
  • Tak yakin tentang tajwid dan bacaan Al-Quran jika baca bersendirian
  • Tak dapat masa yang sesuai untuk lapangkan masa dengan Al-Quran
  • Tak tahu tahap mana pembacaan Al-Quran
  • Tiada guru yang boleh membimbing bacaan Al-Quran
  • Ingin baca Al-Quran tetapi Tak yakin dengan sebutan dan tajwid bacaan yang betul
Kami di Al-Baghdadi Learning Centre Bandar Baru Uda ada menyediakan PENYELESAIAN dengan mengadakan Program Mengaji PERCUMA Sempena Ramadhan 2017.

Para penduduk sekitar Johor Bahru adalah dialu-alukan untuk mendaftar dan menyertai program yang diadakan secara PERCUMA ini.

Untuk Pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi Whatsapp 011-5299 3775 (Ust. Mustakim)